Kasih Sayang Allah SWT pada kita



Assalamualaikum wbt..

Semoga Allah SWT sentiasa meletakkan kita semua dalam payungan kasih sayang serta rahmatNYa.

Kali ni den nak story tentang kasih sayang Allah SWT pada kita..Yang tak dapat di nilai atau diganti atau di balas sekalipun. Namun manusia itu acapkali lupa pada Sang Pencipta. Hatta perkataan Alhamdulillah itu terasa begitu berat untuk dilafazkan..

Bibir dirasakan begitu malas untuk melafazkan kalimah Ya Allah..Allahurabbi, berat nanang sungguh kita ni..Den cakap kat diri den dulu.

Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt berfirman, ‘Wahai Anak Adam (manusia)! Sesungguhnya apa yang kamu minta dan harapkan kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai Anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencapai awan di langit (sejauh mata memandang ke langit), kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai Anak Adam! Sesungguhnya andaikata kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa (kecil) sepenuh isi bumi, kemudian kamu bertemu dengan-Ku (mati dengan memohon ampun dan tanpa berbuat syirik), tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun, niscaya Aku akan mendatangkan ampunan kepadamu sepenuh isinya pula.”

(HR. at-Turmudzy)






Bismillahirahmanirrahim yang bermaksud Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kalimah yang sangat familiar dengan diari kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Namun berapa ramai yang menghayati maksudnya. Berapa ramai di antara kita yang meyakini dan mencari kasih sayang dari Rabbul Izzati?

Sungguh manusia itu tiadalah bernilai melainkan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Teringat kata-kata guru den..

Allah SWT itu tidak melihatkan pada bnyaknya amal si hamba untuk Dia memperkenalkan diriNya.


What does this phrase means?

Jawapan kepada soalan ini pada diri kita dan kisah sahabat Rasulullah SAW terdahulu..Dan banyak kisah lain lagi..

Tengok saja kisah Saidina Umar Al Khattab..Siapakah beliau sebelum memeluk Islam? Dan siapakah beliau selepas memeluk Islam? From zero to hero..Semuanya dengan hidayah Allah SWT

Allah SWT berkenan untuk memberi hidayahNya pada Saidina Umar Al Khattab dan menjadikan beliau sebagai salah seorang daripada sahabat yang dijanjikan syurga..Allahurabbi~

Ana menyeru kepada diri ana dan para du'at di luar sana..Mari kita sama-sama muhasabah diir kita. Apakah yang special sangat pada diri kita untuk Dia memilih kita berada dalam jalan dakwah ini?

Tidak lain tidak bukan adalah disebabkan kasih sayangNya yang Maha Hebat..

Allah SWT itu..

Selalu bersama kita walau kita susah atau senang,

Selalu bersama kita dalam kita sihat atau sakit,

Selalu memimpin kita walau jarang benar kita ingat padanya,

Taktala dunia ini terasa begitu sempit, parent seakan-akan tidak memahami, semua sahabat kita lari dari kita, dakwah ini dirasakan terlalu sukar, cabaran dirasakan terlalu pahit..

Namun DIA tetap ada..tetap dekat dengan hambaNya..Tetap tidak penah berkurang kasih sayangNya..

Allahurabbi..Sungguh kasih sayang Allah SWT itu terlalu hebat..Mana mungkin mata itu mampu menahan air mata dari mengalir taktala mengenang tiap kasih sayang yang dikurniakanNya..

" Ya Allah, andai kata sudah tiba masa untuk diri ini menghadapMu..Matikanlah diri ini, dalam keadaan dikasihi dan disayangi olehMu.."

Moga-moga tulisan ini dapat menjadi pengajaran buat diri den dan semua yang membaca.

1 comments:

Anonymous at: February 10, 2012 at 2:28 AM said...

http://usahawan-tegar.lifeme.net/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...